Musik dan lagu aku minat pulak banyak yang pelik-pelik sampai mak aku pernah tanya "Lagu apa hang pasang Johan oii ?". Kalau lagu-lagu baru tu, jujur cakap saya tak begitu update sampai kalau join member pi karaoke tu dah sakit jari dok tekan skrin pilih lagu sudah-sudah tak ada lagu yang aku tau kecuali lagu-lagu klasik 70an dan 80an.. kalau update pun 90an la. Kalau lagu-lagu era 2000 pun kebanyakan yang aku dengar lagu Melayu etnik. Sebabnya? Mutu lagu-lagu pop sekarang maaf bercakap, memang sedih sangat. Meleleh tak bertempat, lirik asal boleh. Tapi tak semua, Masih ada lagu-lagu yang bermutu tinggi cuma bukan citarasa aku.
Dari sekolah rendah telinga ni dah disumbat dengan lagu-lagu dari filem dendangan Allahyarham Abdullah Chik dan Noraniza Idris. Kemudian melalui abang-abang aku yang 6 orang dan kakak, diperkembangkan kepada kumpulan Gersang, Kembara, Ramlah Ram, Zaiton Sameon, Wann, Dato Shake dan ramai lagi artis-artis terkemuka tanah air masa era aku sekolah dulu.
Memang besar pengaruh artis ni dan dari seawal aku mengenali dan mendengar suara mereka masih ada diantara mereka yang aku dengar dan gemari dari sekarang dan antaranya adalah Noraniza Idris. Memang respek abis ngan dia sebagai pejuang lagu-lagu Melayu asli / ethnik. Musik Noraniza Idris atau Kak Ani memang agak berat sampai ada yang tak boleh terima tapi bagi aku dia terbaik. Setiap lagu ada unsur-unsur tersendiri dan bukan sekadar untuk komersil semata-mata. Elemen musik, alunan suara memang baik. Kalau kita perasan sebelum ni persembahan dia untuk Juara Lagu TV3, bukan calang-calang kan?.
Lirik lagu memang indah belaka dan bagi aku dia bukan 'kaki larung' ada lagu je sapu, sebab kebanyakan lagu-lagu Kak Ani ditulis dan karangan orang-orang yang memang kita dah sering baca namanya di dalam kulit-kulit album tempatan seperti Khairul Anuar Harun, Siso. (maaf buat nama yang tak disebut). Tiap kata dan tiap baris memang disusun rapi dan ada makna yang tersurat dan tersirat. Antara lagu dendangan Kak Ani yang paling aku suka Sapta, Putera Lantai Emas, Hatinya Tak Tahan ( paling suka versi Jawa ).
Cuma kebelakangan ni jarang nampak Kak Ani macam dulu selepas album Sawo Matang. ( album tu kena curi sampai sekarang aku cari untuk koleksi tak dapat-dapat ). Album Sawo Matang tu memang kegemaran la dan antara yang paling banyak aku putarkan sebab lagu Atine Ora Tahan. Aku memang minat musik Jawa dan gamelan.
Kalau nak cerita pasal Kak Ani Memang tak habis cuma aku nak beri penghormatan buat Kak Ani yang banyak menyumbang dan mempelbagaikan musik tanah air kita terutama musik asli dan pop etnik ni. Apa-apa pun terima kasih buat Kak Ani dan doa semoga sukses untuk hari mendatang. Aku akan tetap menyokong untuk perjuangan Kak Ani sampai bila-bila, Insyaallah... Amin.
p/s nanti aku cerita lagi serba sedikit pasal artis lain dan perjuangan mereka.
yang mana buruk dari saya, yang mana baik dari Allah SWT
No comments:
Post a Comment