bangun hari ni tak berapa sihat.. selsema dan batuk. Tak ada apa nak dibuat so sambung je cerita pasal bab artis ni.. Wann..
Kali pertama aku dengar lagu dia mungkin masa aku darjah 6 atau tingkatan 1 tu pun bila aku pergi penang rumah abang aku.. Kakak ipar aku yang pasang lagu-lagu Allahyarham dendangan P. Ramlee dan Saloma yang diberi nafas baru oleh Wann. Memang menarik dan teruja bila dengar sebab mungkin dah terpengaruh dengan lagu-lagu yang abah aku suka so citarasa lebih kurang sama. Tapi sekadar suka dengar dan bila balik aku rembat kaset wann kakak ipar aku punya ( masa tu tak mampu nak beli sendiri hahaha )
Bila masuk form 2, aku ikut kakak sepupu aku pergi concert kat Taiping kat Jalan Dobby ( Bomba Taiping ) sebab masa tu pakcik aku akan benarkan kakak sepupu aku keluar malam kalau aku teman je.. Best masa tu boleh kata dalam seminggu 3 4 kali pi konsert dan fully sponsored.. hahaha. antara konsert yang aku pergi dengan dia konsert Kumpulan Damasutra popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Olan, dengan lagu Cinta Bandar Tasik Selatan. Norshiela Amin dengan lagu Kad Ucapan tapi masa tu dia promosi lagu ala-ala irama padang pasir ( aku lupa tajuknya , maafkanlah.. ) dan banyak lagi konsert yang aku pergi dan salah satu antaranya Wann.
Masa konsert tu Wann pakai jeans hitam ketat, singlet dan jaket. Memang la seksi.. aku plak baru 14 tahun. Tengok konsert mata tak berkedip terpesona nihh... hahaha Masa tu Wann tengah mempromosikan Album Aku Dalam Teka Teki. Selang beberapa hari aku pergi la beli kaset dia ( masa tu cd baru diperkenalkan dan tak ramai yang ada player lagi ) menarik la jugak antara lagu yang masih aku dengar dan menjadi kegemaran aku sampai sekarang Kekasih dan Antara Sinar dan Cahaya.
Tapi, tak boleh lawan lagu-lagu Koleksi Nostalgia no. 1 dan no. 2. Boleh kata semua track memang hebat. Tak jemu mendengarnya dari dulu sampai sekarang. Boleh kata masa sekolah aku taksub jugak la dengan lagu-lagu wann sampai semua koleksi album aku ada. Umur dah meningkat remaja dah tak minat kudap dan jajan so duit belanja simpan untuk tengok wayang dan beli kaset.
Masuk form 3 dan 4 Wann dah kawin, frust! hahaha dan dia mulai senyap dari persada seni tanah air cuma yang aku ralat album-album Wann sangat sukar didapati dipasaran. Kalau ada pun koleksi-koleksi himpunan terbaik dengan cover yang berbeza tapi lagu yang sama. Tak ada lagi album-album penuh dalam bentuk cd untuk buat koleksi apatah lagi album rakaman baru selepas album-album Suara Cipta Sempurna dah diedarkan oleh Rock. Kalau adapun koleksi dan rakaman video untuk karaoke. Album yang masih aku cari sampai sekarang koleksi Aidilfitri Wann. Masih tak dapat lagi.
Aku berakhir di sini tentang Wann dan terima kasih untuk Wann sepanjang pembabitan beliau dipersada seni tanah air dan aku dan ribuan peminat Wann masih mengharapkan Wann terus aktif dalam tanah air dan masih mengeluarkan rakaman-rakaman terbaru buat masa mendatang. Doa buat Wann.
yang mana buruk dari saya, yang mana baik dari Allah SWT
No comments:
Post a Comment