Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Kisah artis dan lagu, mempengaruhi dan menemani perjalanan hidup




Penggondol anugerah Voice Of Asia, tak perlu dipertikaikan lagi bakat dan seni beliau yang pasti rata-rata tua dan muda mengenali kelunakan suara Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Penyanyi Versatile yang boleh mendendangkan pelbagai rentak lagu termasuk lagu-lagu Melayu deli, Malindo, Asli, Pop dan sebagainya namun Tuhan lebih menyayangi beliau. Al-fatihah.

Reading time, VAS kolaberasi Azam Ali dan Greg Ellis paling aku gemar dengar masa rehat. dan membaca  (  termasuk waktu membaca Dik Cerdas aka Shin Chan dan Doraemon ) Selalunya aku akan pasang cd ni antara 3 album yang aku ada
1. Sunyata
2. Offering
3. Garden Of Souls
Kalau dari kulit Album, mesti dah dapat agak musik jenis apa kan? tapi bila dengar lagu-lagu dalam ke tiga-tiga album lebih kepada unsur padang pasir atau Arab, gabungan musik India, Arab, vokal dan mantra. Maaf kalau aku ketengahkan VAS ni mengganggu sensitiviti mana-mana pihak. Sekadar untuk berkongsi
yang mana buruk dari saya, yang mana baik dari Allah SWT

Johan


Unik? sememangnya sangat unik dari dulu sampai sekarang Enigma tetap unik. Setiap album ada diselingkan budaya dan bahasa yang jarang atau tak pernah kita dengar langsung. Cuma untuk album Seven Lives Many Faces ni berbeza dari album-album terdahulu. Track ke-2 mati-mati aku ingat salah cd sebab Lagu Micheal Jackson yang keluar ( MJ the LEGEND of POP ). Masuk track ke-3 aku dah rasa berpinau khayal.. bahaya jugak musik sebenarnya buat kita lali. By the way..  Album ni memang best dan kena citarasa aku.. Selain Dari enigma aku minat Deep Forest,
Musik Deep Forest sentiasa buat aku teruja dengan beat yang kuat tapi selesa untuk telinga. Pasti Layan kalau tengah baring-baring sambil dengar Deep Forest atau berjalan mendengar MP3. Rasa bersemangat. Selain dari Album VAS, Deep Forest, Enigma aku juga menggemari Enya cuma lagu lebih kurang sama dalam setiap album so dah macam tiada apa-apa yang istimewa. 

Begitu Juga dengan Loorena Mckennit cuma apa yang istimewa tentang artis ni dia gabungkan musik Irish dan Middle East. Bagi penggemar musik Celtic dan Middle East Ablum aku syorkan The Book Of secrets dan Mask and Mirror. Memang relaks tapi groovy untuk album worlds dan new age.



No comments:

Post a Comment