Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Kisah artis dan lagu, mempengaruhi dan menemani perjalanan hidup - Madonna



Ok...
Siapa tak kenal makcik ni? Sila angkat kaki... Namanya Madonna. Memang MAD! But, The best! Sekarang ramai artis-artis baru suka mengangkat dang menganggap dirinya DIVA. Nak capai tahap diva ni bukanlah senang sebab diva ni tak mati walaupun jasad dah tak ada. DIVA merangkumi semua, penyanyi, pelakon, penggubah, penari, model, bisnes, pelacur, dan sebagainya. Ramai yang setakat menyanyi 1 2 lagu meletup lepas tu berangan DIVA, sedih! Tak ada apa nak diuraikan cuma antara perasaan dan perasan. Sepanjang hidup aku 32 tahun, Tina Turner, Madonna dan Marilyn Monroe, itulah DIVA! Yang terbaru, artis serba boleh Beyonce Knowles.. itulah diva. Artis yang tak perlu membuat sebarang kenyataan tetapi setiap perbuatan dan tingkah laku jadi ikutan dan perbualan. Bakat yang tak pernah padam dan ada saja pembaharuan untuk ditampilkan.

Madonna antaranya yang aku kagumi dari segi penampilan dan bakat, nyanyian tak seberapa tetapi sebab bakat membuatkan dia berada di tempat yang terbaik dan masih gigih untuk berada diatas sejak sekian lama. Pertama kali aku dengar alunan lagu Madonna waktu sekolah rendah melalui radiogram di stesyen bas Taiping, La Isla Bonita. Bermula dari pembukaan lagu beat percussion aku dah tertarik apabila abang sepupu aku masukkan syiling 20 sen dan menekan punat kode lagu. Tapi tak ambil kisah sangat pasal masa tu aku sering putarkan lagu Revival dendangan Mayumi Itsuwa walhal aku tak faham bahasa Jepun ni.
Bila masuk sekolah menengah kebetulan ada duit simpanan aku terjumpa kaset album soundtrack Dick Tracy dalam offer bin supermarket yang sekarang ni dah jadi bangunan KWSP di Taiping. Album sangat menarik dimana semua lagu-lagu digubah untuk era 50an ke 70an ( jangan gelak aku suka lagu-lagu evergreen )

Kemudian aku beli pulak kaset EROTICA dan WOW! baru aku sedar yang aku juga moderate dalam musik ni.. Lagu-lagu semua groovy dan banyak lirik-lirik yang hebat ( selepas aku translate melalui Oxford mini dictionary Malay - English, English - Malay yang aku masih gunakan sampai sekarang cuma versi yang lebih update). Lagu paling aku suka Why's It So Hard sebab musik dan lirik yang penuh bermakna dan persoalan yang ditimbulkan dalam lagu tersebut seperti di bawah : -

Why's it so hard to love one another
Why's it so hard to love
(repeat)

What do I have to do to be accepted
What do I have to say
What do I have to do to be respected
How do I have to play
What do I have to look like to feel I'm equal
Where do I have to go
What club do I have to join to prove I'm worthy
Who do I have to know

Chorus:

I'm telling you brothers, sisters
Why can't we learn to challenge the system
Without living in pain
Brothers, sisters
Why can't we learn to accept that we're different
Before it's too late (first time only)
Why's it so damn hard (all other times)

What do I have to learn to know what's right for me
What do I have to know
What am I going to do when I feel righteous
Where do I have to go
Who should get to say what I believe in
Who should have the right
What am I going to do with all this anger
Why do I have to fight

(chorus)

Bring your love, sing your love
Wear your love, share your love
(repeat twice)

Bring your love, sing your love
Wear your love, show your sister how

Brothers, sisters, what do I have to say
Brothers, sisters, how do I have to play
Brothers, sisters, who should have the right
Brothers, sisters, why do I have to fight

Why's it so hard to love one another
Love your sister, love your brother
(repeat)

Why's it so hard to love one another
Why's it so hard to love

(chorus)

Sing your love
Share your love
(repeat 3 times)

Love your brother now
Show your sister how
Love your brother now
Show your sister
(repeat)

http://www.lyricstime.com/madonna-why-s-it-so-hard-lyrics.html

Penuh makna kan?
Memang banyak dari penampilan Madonna mengjengkelkan banyak pihak tapi semua tu aku tak ambil peduli sebab aku suka sesetengah lagu beliau yang kebanyakkannya mempersoalkan hidup dan kehidupan beserta musik yang unik terutama selepas album Erotica sehingga sekarang. ( aku tak begitu gemar akan musik pop semasa awal pembabitan beliau dalam dunia musik )

Dari Madonna aku dikenalkan dengan Bjork. Sebabnya, penggubah dan produser lagu.
Bila Madonna melibatkan diri dengan broadway Evita, Aku teruja, macam aku cakap sebelum ni aku memang minat lagu-lagu style lama.

Mula-mula aku menjejakkan kaki di Johor Bahru pada 1995, Cd pertama aku beli Album Bedtime Stories. Aku pasangkan setiap hari di restoran tempat aku bekerja berselang dengan lagu-lagu dendangan Lagu-lagu keroncong Hetty Koes Endang, Kenny G, dan bila malam semasa berkemas aku dan rakan sekerja pasti akan memutarkan cd Frente dan The Cranberries.
Kalau anda pernah mendengar lagu-lagu Frente, mesti akan bekata lagu-lagu Yuna dan Zee Avi bukanlah genre yang baru. Tapi memang kedua-duanya memberikan lagu yang baik dan unik. Tahniah!
Berbalik kita tentang kisah Madonna, kemunculan album Ray of Light sangatlah baik dimana lagu-lagu yang unik dan rentak yang baru dipertengahkan. Frozen antaranya melibatkan musik new age dan gothik. To have But Not To Hold dan Power Of Goodbye membuatkan aku lalai keawangan bila ikut alunan musik lagu-lagu ni. Tak lupa lagu kontroversi dari mantra Shanti Ashtangi yang sangat menarik. ( boleh dengar tapi jangan ambik kisah makna mantra tu dah la.. ) Macam manapun two thumbs up untuk album ni.
Album Music lebih kurang sama gabungan dan gubahan album-album lama cuma pembaharuan yang drastik dari album di bawah yang aku ada hadiah harijadi dari kawan aku Awie yang tinggal di Ipoh. Hadia yang masih aku simpan baik dan aku sayang ( limited edition )

 Lagu-lagu himpunan terbaik dengan musik rancak dan lirik yang tak kurang hebatnya. Unsur-unsur world diterapkan dalam album yang berkonsepkan tarian dan tak lupa Hung Up diiringi selingan musik ABBA.


Untuk yang mahu menyelar dan mendalami musik Madonna aku syorkan CELEBRATION dimana semua lagu himpunan terbaik digabungkan dalam satu album beserta 3 lagu baru yang mengikuti trend dan tempo muda-muda sekarang dan ke tiga-tiga lagu tu aku sering dengar melalui MP3 setiap hari ulang alik dalam KTM komuter. Lirik terbaik Its So Cool, simple tapi penuh makna dan beat yang rancak dan menyenangkan sehinnga aku tak perasan laju aku berjalan dari rumah ke stesyen. Korang tak perlu beli semua album yang satu ni dah cukup untuk menilai baik atau tidak.

panjang la pulak cerita pasal perempuan ni, takut korang boring sebab ramai yang dah tau cerita dia dan lebih advance dari aku. So, aku berhenti di sini untuk Madonna.

yang mana buruk dari saya, yang mana baik dari Allah SWT

Johan

Kisah artis dan lagu, mempengaruhi dan menemani perjalanan hidup - Wann

 
Salam,
bangun  hari ni tak berapa sihat.. selsema dan batuk. Tak ada apa nak dibuat so sambung je cerita pasal bab artis ni.. Wann..

Kali pertama aku dengar lagu dia mungkin masa aku darjah 6 atau tingkatan 1 tu pun bila aku pergi penang rumah abang aku.. Kakak ipar aku yang pasang lagu-lagu Allahyarham dendangan P. Ramlee dan Saloma yang diberi nafas baru oleh Wann. Memang menarik dan teruja bila dengar sebab mungkin dah terpengaruh dengan lagu-lagu yang abah aku suka so citarasa lebih kurang sama. Tapi sekadar suka dengar dan bila balik aku rembat kaset wann kakak ipar aku punya ( masa tu tak mampu nak beli sendiri hahaha )

Bila masuk form 2, aku ikut kakak sepupu aku pergi concert kat Taiping kat Jalan Dobby ( Bomba Taiping ) sebab masa tu pakcik aku akan benarkan kakak sepupu aku keluar malam kalau aku teman je.. Best masa tu boleh kata dalam seminggu 3 4 kali pi konsert dan fully sponsored.. hahaha. antara konsert yang aku pergi dengan dia konsert Kumpulan Damasutra popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Olan, dengan lagu Cinta Bandar Tasik Selatan. Norshiela Amin dengan lagu Kad Ucapan tapi masa tu dia promosi lagu ala-ala irama padang pasir ( aku lupa tajuknya , maafkanlah.. ) dan banyak lagi konsert yang aku pergi dan salah satu antaranya Wann.

Masa konsert tu Wann pakai jeans hitam ketat, singlet dan jaket. Memang la seksi.. aku plak baru 14 tahun. Tengok konsert mata tak berkedip terpesona nihh... hahaha Masa tu Wann tengah mempromosikan Album Aku Dalam  Teka Teki. Selang beberapa hari aku pergi la beli kaset dia ( masa tu cd baru diperkenalkan dan tak ramai yang ada player lagi ) menarik la jugak antara lagu yang masih aku dengar dan menjadi kegemaran aku sampai sekarang Kekasih dan Antara Sinar dan Cahaya.

Tapi, tak boleh lawan lagu-lagu Koleksi Nostalgia no. 1 dan no. 2. Boleh kata semua track memang hebat. Tak jemu mendengarnya dari dulu sampai sekarang. Boleh kata masa sekolah aku taksub jugak la dengan lagu-lagu wann sampai semua koleksi album aku ada. Umur dah meningkat remaja dah tak minat kudap dan jajan so duit belanja simpan untuk tengok wayang dan beli kaset.

Masuk form 3 dan 4 Wann dah kawin, frust! hahaha dan dia mulai senyap dari persada seni tanah air cuma yang aku ralat album-album Wann sangat sukar didapati dipasaran. Kalau ada pun koleksi-koleksi himpunan terbaik dengan cover yang berbeza tapi lagu yang sama. Tak ada lagi album-album penuh dalam bentuk cd untuk buat koleksi apatah lagi album rakaman baru selepas album-album Suara Cipta Sempurna dah diedarkan oleh Rock. Kalau adapun koleksi dan rakaman video untuk karaoke. Album yang masih aku cari sampai sekarang koleksi Aidilfitri Wann. Masih tak dapat lagi.

Aku berakhir di sini tentang Wann dan terima kasih untuk Wann sepanjang pembabitan beliau dipersada seni tanah air dan aku dan ribuan peminat Wann masih mengharapkan Wann terus aktif dalam tanah air dan masih mengeluarkan rakaman-rakaman terbaru buat masa mendatang. Doa buat Wann.




yang mana buruk dari saya, yang mana baik dari Allah SWT

Johan

Kisah artis dan lagu, mempengaruhi dan menemani perjalanan hidup - Noraniza Idris


Siapa yang tak minat musik? Macam mana sekali pun mesti kita minat musik tak kira rentak, bahasa, tempo dan tempat kita berada. Bagi aku musik sangat universal dan aku sendiri meminati musik walaupun tak pandai membaca note apatah lagi nak bermain alat musik ( kecuali ikut cara artis barat menghempuk gitar sampai pecah ).

Musik dan lagu aku minat pulak banyak yang pelik-pelik sampai mak aku pernah tanya "Lagu apa hang pasang Johan oii ?". Kalau lagu-lagu baru tu, jujur cakap saya tak begitu update sampai kalau join member pi karaoke tu dah sakit jari dok tekan skrin pilih lagu sudah-sudah tak ada lagu yang aku tau kecuali lagu-lagu klasik 70an dan 80an.. kalau update pun 90an la. Kalau lagu-lagu era 2000 pun kebanyakan yang aku dengar lagu Melayu etnik. Sebabnya? Mutu lagu-lagu pop sekarang maaf bercakap, memang sedih sangat. Meleleh tak bertempat, lirik asal boleh. Tapi tak semua, Masih ada lagu-lagu yang bermutu tinggi cuma bukan citarasa aku.

Dari sekolah rendah telinga ni dah disumbat dengan lagu-lagu dari filem dendangan Allahyarham Abdullah Chik dan Noraniza Idris. Kemudian melalui abang-abang aku yang 6 orang dan kakak, diperkembangkan kepada kumpulan Gersang, Kembara, Ramlah Ram, Zaiton Sameon, Wann, Dato Shake dan ramai lagi artis-artis terkemuka tanah air masa era aku sekolah dulu.

Memang besar pengaruh artis ni dan dari seawal aku mengenali dan mendengar suara mereka masih ada diantara mereka yang aku dengar dan gemari dari sekarang dan antaranya adalah Noraniza Idris.  Memang respek abis ngan dia sebagai pejuang lagu-lagu Melayu asli / ethnik. Musik Noraniza Idris atau Kak Ani memang agak berat sampai ada yang tak boleh terima tapi bagi aku dia terbaik. Setiap lagu ada unsur-unsur tersendiri dan bukan sekadar untuk komersil semata-mata. Elemen musik, alunan suara memang baik. Kalau kita perasan sebelum ni persembahan dia untuk Juara Lagu TV3, bukan calang-calang kan?.

Lirik lagu memang indah belaka dan bagi aku dia bukan 'kaki larung' ada lagu je sapu, sebab kebanyakan lagu-lagu Kak Ani ditulis dan karangan orang-orang yang memang kita dah sering baca namanya di dalam kulit-kulit album tempatan seperti Khairul Anuar Harun, Siso. (maaf buat nama yang tak disebut). Tiap kata dan tiap baris memang disusun rapi dan ada makna yang tersurat dan tersirat. Antara lagu dendangan Kak Ani yang paling aku suka Sapta, Putera Lantai Emas, Hatinya Tak Tahan ( paling suka versi Jawa ).
Cuma kebelakangan ni jarang nampak Kak Ani macam dulu selepas album Sawo Matang. ( album tu kena curi sampai sekarang aku cari untuk koleksi tak dapat-dapat ). Album Sawo Matang tu memang kegemaran la dan antara yang paling banyak aku putarkan sebab lagu Atine Ora Tahan. Aku memang minat musik Jawa dan gamelan.


Kalau nak cerita pasal Kak Ani Memang tak habis cuma aku nak beri penghormatan buat Kak Ani yang banyak menyumbang dan mempelbagaikan musik tanah air kita terutama musik asli dan pop etnik ni. Apa-apa pun terima kasih buat Kak Ani dan doa semoga sukses untuk hari mendatang. Aku akan tetap menyokong untuk perjuangan Kak Ani sampai bila-bila, Insyaallah... Amin.

p/s nanti aku cerita lagi serba sedikit pasal artis lain dan perjuangan mereka.

yang mana buruk dari saya, yang mana baik dari Allah SWT

Johan

Menu Apa hari Ni???? Spagethi Anak Bujang


OK kawan2... kalau tetiba ada member ke.. parent ke datang umah mengejut.. x tau nak hidang apa boleh cuba resepi mudah, cepat dan berkhasiat kat bawah ni.. bahan2 boleh dapat kat kedai2 runcit sekitar rumah saja..


Bawang putih - dicincang
bawang besar - dadu kecil
lada bengala -dadu kecil
cendawan butang - dihiris
tomato - dadu kecil

dada ayam - rebus, penyet dan carik2 isinya ( boleh diganti denga seafood atau daging )
halia - hiris halus
daun sup atau daun ketumbar - cincang kasar

bahan tambahan
perasa ( tak perlu banyak pasal dah banyak herba )
serbuk cili kasar ( tambah sikit baru kick rasa pedas )
 paste spagethi ( bergantun pada jenama kegemaran dan quantity anda perlu )
herba kering campuran ( oregano / sage / thyme ) option je

Cara memasak

panaskan minyak masak / minyak zaitun ( mahal tu ) / mentega dan masukkan bawang putih, bawang besar dan halia, tumis sampai wangi dan masukkam tomato masa dengan api kecil sampai lembik / lunyai, masukkan paste spagethi, lada bengala, cendawan butang dan ayam. masak sampai mendidih kemudia masukkan perasa, garam optional sebab dah banyak herba yang mengandungi garam galian diikuti dengan serbuk cili dan masak sampai tahap pekat kuah yang anda mahukan.. akhir sekali daun ketumbar atau daun sup tadi... dan bila dah masak kuah ni.. jangan lupa masa pi kedai beli spagethi atau pasta bawak balik dan rebus... hahahahaha

hasilnya.....
last sekali taburkan sedikit parmesan dan boleh dihidangkan dengan french loaf.. yum2
Selamat Mencuba!


Sunday, January 2, 2011

Menarik Tertarik Da BOMB! PROLIN All-Over Clear Lotion

Ok semua... sekarang ni kan  banyak kes aedes and denggi.. so kat sini aku nkk rekemenkan benda alah ni.. kecik ke dan berguna untuk elak kena gigit nyamuk.. paling sesuai untuk org yang slalu kena hurung nyamuk mcm aku ( bila lepak n makan kat luar je kena gigit nyamuk padahal member lain x kene pun, pernah terbaca kalau darah kita contain banyak calcium dan vitamin D memang nyamuk gemor! ) and kepada yang x tahan asap ubat nyamuk dan semburan aerosol benda ni memang sesuai..Kelebihan.. xder nyamuk masa tido dan kat luar.. kecik je botol senang dibawa.. yang gemor bercamping tu.. jangan lupa bawak benda alah ni... dan yang dok berdating.. tak payah pakai minyak wangi pun x per.. bau dia sedap n wangi...


Harga baru RM14.90 ( refer kat Cosway agent / stokis untuk promosi )
Selamat Mencuba



Tuesday, December 21, 2010

Menarik Tertarik Da BOMB!

Benda kecik ni, memang gerek! X rugi beli dan memang teman setia specially kalau korang mcm aku yang kena jalan, naik train, bas... x perlu bingit dan angin satu badan bila ada suara-suara sumbang sembang macam jarak antara diaorang 1 kilometer jaraknya.. Bass memang sedap.. bunyi sangat jelas.


Harga RM 159.00
Memori 2GB ( terdapat dalam 4GB juga )
Lokasi mana-mana kedai gadget tapi aku syorkan kalau korang Jusco member beli kat Jusco ( boleh dapat member points hehehe )

Saturday, December 18, 2010

Menu Apa hari Ni????

Badan masih tak sihat, sebelum kerja makan yogurt , lunch.. kacau nasi bungkus member kerja sesuap dua.
For dinner.. balik kije malas nak masak, nugget je yang sedap dan simple dan yang pasti.. mengeyangkan.. so menu saya malam ni Ramly nugget ikan.

18/12/2010
Bangun demam, tak ada selera nak makan. Tekak pun terasa tawar je ari ni...
Petang aku goreng ayam segera.. tak sedap pasal takde rasa dan tak pedas langsung.. nasib baik goreng 2 ketul je. cuba plak biskut empat segi spread dengan peanut coklat... tak leh masyuk gak...pikir punya pikir punya pikir aku dah tau apa yang buat aku berselera makan waktu demam selsema macam ni, Bihun segera PAMA! YESS!!! sedap dan dapat rasa nikmatnya makanan. Alhamdulillah.