Benda kecik ni, memang gerek! X rugi beli dan memang teman setia specially kalau korang mcm aku yang kena jalan, naik train, bas... x perlu bingit dan angin satu badan bila ada suara-suara sumbang sembang macam jarak antara diaorang 1 kilometer jaraknya.. Bass memang sedap.. bunyi sangat jelas.
Harga RM 159.00
Memori 2GB ( terdapat dalam 4GB juga )
Lokasi mana-mana kedai gadget tapi aku syorkan kalau korang Jusco member beli kat Jusco ( boleh dapat member points hehehe )
Dilahirkan di Taiping, Perak pada tanggal 22.03.1978. Anak ke 8 dari 9 adik beradik, ibu Rokiah Yaakup dan ayah Mat Desa Abu Kassim. Menetap di Johor Bahru 1995 - 2003 , Ipoh 2004 - 2005, Taiping 2006 - 2008 dan 2008 sehingga sekarang di Bandar Sunway namum Taiping tetap di hati...
Search This Blog
Tuesday, December 21, 2010
Saturday, December 18, 2010
Menu Apa hari Ni????
Badan masih tak sihat, sebelum kerja makan yogurt , lunch.. kacau nasi bungkus member kerja sesuap dua.
For dinner.. balik kije malas nak masak, nugget je yang sedap dan simple dan yang pasti.. mengeyangkan.. so menu saya malam ni Ramly nugget ikan.
18/12/2010
Bangun demam, tak ada selera nak makan. Tekak pun terasa tawar je ari ni...
Petang aku goreng ayam segera.. tak sedap pasal takde rasa dan tak pedas langsung.. nasib baik goreng 2 ketul je. cuba plak biskut empat segi spread dengan peanut coklat... tak leh masyuk gak...pikir punya pikir punya pikir aku dah tau apa yang buat aku berselera makan waktu demam selsema macam ni, Bihun segera PAMA! YESS!!! sedap dan dapat rasa nikmatnya makanan. Alhamdulillah.
For dinner.. balik kije malas nak masak, nugget je yang sedap dan simple dan yang pasti.. mengeyangkan.. so menu saya malam ni Ramly nugget ikan.
Bangun demam, tak ada selera nak makan. Tekak pun terasa tawar je ari ni...
Petang aku goreng ayam segera.. tak sedap pasal takde rasa dan tak pedas langsung.. nasib baik goreng 2 ketul je. cuba plak biskut empat segi spread dengan peanut coklat... tak leh masyuk gak...pikir punya pikir punya pikir aku dah tau apa yang buat aku berselera makan waktu demam selsema macam ni, Bihun segera PAMA! YESS!!! sedap dan dapat rasa nikmatnya makanan. Alhamdulillah.
Cerpen karangan Johan
Karangan johan johari mat desa
Usop membongkokkan badan mencapai sebiji kuinin mungkin gugur malam tadi kerana masih dalam keadaan yang elok dan masih basah dengan air embun. Kuinin itu dimasukkan ke dalam bakul tua diperbuat dari plastik di tangan kirinya. Dia memerhati sekeliling kalau-kalau ada lagi buah kuinin yang gugur dan tersorok di celah-celah rumput dan semak.
‘Cepat benar tumbuhnya…. Baru seminggu aku tebas, dah panjang balik,’ getus hatinya. Penat lelah menebas rumput dan semak di keliling pokok kuinin empat hari yang lepas masih terasa lagi sengal dibadan. Kaki yang beralaskan selipar getah terus meranduk dan menguis-nguis semak yang masih basah dengan embun pagi yang basah dan dingin.
“Banyak juga yang gugur malam tadi, selalunya tak sampai dua puluh biji,” Usop bercakap dengan diri sendiri. Matanya masih memandang sekeliling kawasan pokok kuinin tua jika masih ada buah yang tertinggal. Usop mengeluh. Lenguh juga tangannya mengangkat bakul yang hampir penuh dengan kuinin. Semerbak bau kuinin hingga membangkitkan keinginan untuk melapah kulit dan menikmati isi yang manis. Tetapi sudah dua tahun dia tidak menjamah kuinin yang gugur dari pohon tua itu. Usop mengeluh lagi.
“Sampai hati kamu suami-isteri buat ayah macam ni. Besar sangatkah dosa ayah kepada kamu anak-beranak?” Kata-kata yang berbaur sebak keluar dari mulut usup. Usop mengambil tuala muka yang diletak di tengkuk mengesat mata yang sudah mula menerbitkan sedikit air jernih dikelopaknya. Hati usup sungguh sebak lebih-lebih lagi mengenangkan Amir, cucunya yang merupakan anak Adnan dan Suria. Usop mengeluh lagi.
‘Kan saya dah kata, jangan bawa dia tapi ayah degil… tengok apa dah jadi? Menyusahkan saya saja,’ Terngiang-ngiang lagi kata-kata kasar Adnan dua tahun yang lepas. Sebelum Adnan ini tidak pernah meninggikan suara kepadanya. Langsung tidak pernah. Sekarang sudah dua tahun dia tidak menjejakkan kaki pulang bersama isteri dan cucu kesayangannya, Amir. Dia juga tahu yang Adnan sudah mendapat anak kedua sekarang yang sudah berusia setahun lebih kerana kali terakhir mereka pulang, Suria sudah lima bulan usia kandungannya.
Usop mengesat tengkuk dengan tuala muka tadi, meletakkan bakul berisi kuinin ke tanah dan duduk menyandar di perdu pokok kuinin tua. Dia mendongak ke atas, dari sayup kelihatan masih banyak buah-buah kuinin yang tergantung terselit di celah-celah daun. “Baliklah, Nan. Aku rindu kamu, aku rindu isteri kamu, aku rindu Amir, aku ingin melihat rupa anak kecil kau yang tak pernah aku tengok,”
Kali ini dia tidak menahan sebak lagi, air mata dibiarkan meleleh di pipi. Masih terbayang dua tahun yang lepas pada waktu ini dia membawa Amir yang merengek mahu mengikutnya mengutip kuinin yang gugur walau dilarang keras oleh Adnan. Dia membawa juga Amir kerana tidak sampai hati meninggalkan Amir yang mahu mengikutnya mengutip kuinin. Suria yang tengah mengandung sangat suka memakan kuinin yang dicicah dengan kicap masin.
Pada tengah malam dua tahun lepas ketika mereka sampai suria terus ke dapur selepas bersalaman mencari kuinin kerana dia sudah dapat menghidu bau kuinin yang kuat dari luar rumah. Lebih sepuluh biji dia menghabiskan kuinin yang Usop letak di dalam besen di atas para dapur dengan Amir, suria mengadu masih belum puas. Sebab itulah pagi-pagi lagi dia keluar mahu mengutip kuinin dan pagi itu jugalah Adnan membawa Suria dan Amir pulang ke Kuala Lumpur. Adnan marah kepadanya, kerana membawa Amir mengutip kuinin tangan kiri Amir patah kerana ditimpa buah yang gugur. Ketika itu Amir baru berusia dua tahun, tulangnya masih lembut.
Usop merenung tempat Amir ditimpa kuinin dan denai yang dilalui menatang tubuh kecil Amir yang cedera sambil berlari. Setibanya di rumah Adnan mengamuk dan terus mendukung Amir masuk ke dalam kereta dan menyuruh isterinya berkemas. Suria yang hanya berdiam diri dan memasamkan muka dari tadi hanya menurut. Mereka pergi tanpa menghulurkan tangan untuk bersalaman. Usop tidak berkecil hati tentang itu, dia juga pernah muda. Hati muda yang sedang marah memang tidak dapat dikawal. Tetapi apa yang mengecewakannya mereka langsung tidak bertanya khabar selepas peristiwa itu berlaku apatah lagi untuk pulang menjenguknya di kampung.
“Semua salah kamu, kalau tak semua ni tak akan terjadi,” Kata Usop sambil tangan menepuk-nepuk tunggul akar pokok kuinin tua yang timbul di permukaan tanah. Pokok yang ditanam bersama arwah isterinya lebih sepuluh tahun yang lepas. Ketika itu Adnan baru berusia belasan tahun dan masih bersekolah.
“Usop…, Usop…. Setiap kali pokok ni berbuah macam ni lah kelakuan kamu, macam orang tak siuman. Apa yang kamu sembang dengann pokok tu, Sop?” Tegur Pak Mat yang memerhatikan dari tadi tanpa disedari Usop yang bersandar di perdu pokok kuinin. Sudah beberapa kali dalam minggu ini di terlihat Usop melengung di situ. Sejak pokok kuinin mula gugur buahnya minggu lepas. Dia tahu apa yang di dalam fikiran Usop. Itu bukan pertama kali Usop berkelakuan demikian. Setiap kali pokok itu berbuah Usop pasti akan teringatkan Adnan. Terutama sekali cucunya.
“Tak ada apa-apa Mat, saja aku nak hilangkan penat,” Balas Usop selamba. “Mari duduk sini sekejap dengan aku, Mat. Sembang-sembang sambil pekena kopi.” Usop mempelawa Pak Mat yang berdiri sambil menyandang parang penebas di tengkuk.
Pak Mat hanya menurut sambil tersenyum melihat Usop. Dia menyandarkan parang penebas di pohon senduduk berhampiran dan duduk berhampiran Usop. “Sekejap bolehlah, aku nak percerah kebun durian tu hah. Dah semak sangat. Nak harapkan anak aku yang sorang tu, jawapnya jadi rimbalah kebun durian tu. Kerja tak mahu tapi hasilnya nak. Tengok anak aku tu, masa lepas sembahyang subuh tadi aku dah cakap ikut aku menebas, lepas sembahyang terus lesap.” Kata Pak Mat sambil tangan memintal tembakau untuk digulung dengan daun upih.
“Macam tu lah perangai anak-anak sekarang, Mat. Ditegur salah, tak tegur kita disalahkan. Kau tengoklah anak aku, Adnan. Cucu aku tu tangannya dah lama baik tapi marah dia kat aku langsung tak reda. Entah-entah bila ajal aku dah sampai pun tak dijenguknya aku nanti. Kau tu sekurang-kurangnya anak kau tinggal sekali. Tak lah sunyi sangat macam aku.” Usop megeluh sambil melepaskan asap rokok tembakau. Tangan kirinya meribas-ribas agas yang berterbangan di depan muka.
“Apa yang tak sunyinya, Sop? Waktu aku dengan dia masa waktu makan. Lepas tu mereka lesap entah ke mana? lepas subuh hilang , tengah hari baru balik, makan terus tidur. Malam melepak dengan kawan-kawan. Kalau nak ikutkan hati aku ni, mahu saja aku halau suruh ke bandar cari kerja dan duduk di sana. Tapi kau tahulah isteri aku tu, manjakan anak tak bertempat.”
“Sekurang-kurangnya tak lah sunyi macam aku.”
“Kamu tu, jangan ikutkan hati sangat. Kita dah tua, Sop. Banyak fikir boleh datang banyak penyakit. Rajuk orang muda tak macam rajuk kita, Sop. Rajuk muda cuma bertahan setahun dua, rajuk kita badan yang binasa.” Kata Pak Mat merenung muka Usop yang tidak berapa ceria.
“Dah nasib badan, Mat. Binasa pun binasalah. Aku rasa hidup aku ni dah macam tak bermakna lagi dah. Dah tak ada kepentingan untuk mereka macam dulu. Maklumlah tubuh dah tua, kederat pun dah tak ada.” Kata Usop sedih. Memang betul apa yang dikatakan Pak Mat tapi hatinya luluh dengan sikap Adnan.
“Baru aku teringat, malam tadi aku dapat panggilan penting. Tapi bukan untuk aku. Untuk kau. Ada orang nak datang ke rumah kau hari ni. Baik kau balik cepat. Orang tu minta kau sediakan seberapa banyak buah kuinin ada. Mereka nak semua.” Pak Mat baru teringat tentang panggilan talifon yang diterima malam tadi.
“Siapa yang nak datang, Mat? Kamu pun tahu yang aku tak pernah jual buah kuinin ni, amanat arwah. Dia mahu bersedekah dan makan untuk kami dan keluarga jika berbuah semasa kami mula-mula tanam dulu.” Usop memperingati semula apa yang pernah dicakapkan kepada Pak Mat yang dia tidak akan sekali-kali menjual buah dari hasil pokok tua ini.
“Marah nampak? Aku tak cakap pun orang tu nak beli, mereka nak datang ke rumah kau, nak makan buah kuinin.” Kata Pak Mat tersenyum melihat muka Usop yang sedikit berubah, mungkin dia tersalah faham.
“Siapa yang nak datang tu, Mat?” Usop bertanya lagi apabila Pak mat masih tidak menyebut siapa yang akan datang.
“Kamu balik kamu tengoklah sendiri. Pergilah balik cepat. Mana tahu mereka dah sampai.” Kata Pak Mat sambil tersenyum kepada Usop yang masih merenung mukanya. Mungkin dia masih tidak berpuas hati kerana dia rasa dirinya dipersendakan. Pak Mat mahu membuat kejutan pada Usop.
“Baik, aku balik sekarang, tapi ingat…kalau kamu main-mainkan aku sebiji demi sebiji kuinin dalam bakul ni aku sumbat dalam mulut kamu.” Kata Usop sambil tangan kanannya memegang sebiji kuinin yang di ambil dari dalam bakul mengacukan kepada Pak Mat. Usop berasa panas hati apabila Pak Mat ketawa dengan kuat. ‘Buruk benar orang tua ni’ Gerutu hati Usop
“Janganlah marah, Sop. Nanti cepat tua. Ha… tengok kau dah jadi tua….” Pak Mat ketawa berdekah-dekah memerhatikan Usop yang sedikit berang bangun mencapai bakul plastik dan melangkah tetapi langkahannya terhenti setelah bergerak beberapa tapak. Pak Mat juga berhenti ketawa dan terperanjat tidak percaya denagn apa yang di lihat oleh matanya. Dia juga tahu yang Usop juga berperasaan sepertinya ketika itu.
“Atuk….!!!.”
Usop membalas lambaian dan memeluk Amir yang berlari mendapatkannya. Dia tidak perasan air matanya mengalir di pipi kerana gembira yang amat sangat. Wajah anak kecil yang kali terakhir di lihat dua tahun yang lepas sudah sedikit berubah dan saiz badannya juga tiga kali ganda dari yang dulu namun digagah jua untuk mendukung. Dia memandang Adnan dan Azian yang sedang mendukung anak kecil mereka.
Azian menyerahkan anak kecil kepada Adnan. “Itu adik Amir, Suhana. Yang teringin kuinin ni adik kepada Suhana.” Kata Azian tersenyum selepas bersalam dan mencium tangan Usop. Dia memegang perut yang sudah sedikit timbul.
“Yang kamu apahal bawa kek sampai dua biji dalam hutan ni? Banyak duit kamu membelinya?” Tanya Pak Mat kepada Hakim, anaknya. Dia hairan kenapa Hakim dan isterinya yang datang bersaing dengan Adnan dan keluarga membawa sebiji kek seorang.
“Ini kek dari saya kepada abah, yang mak bawa tu dari abang Adnan kepada Pak Usop. Kek-kek ni kami beli sempena hari bapa pada hari ni. Abah jangan risau, kek ni saya beli dengan pendapatan pertama saya menoreh getah kebun Pak Usop. Sebab itulah saya hilang lepas subuh sekarang ni.”
Adnan yang matanya mula berair menghampiri Usop dengan anak kecilnya. Usop menyambut cucu yang pertama kali disentuh itu dan ketika mendakap anak kecil itu Adnan menangis bagaikan anak kecil memeluk Usop.
Azian langsung tidak memperdulikan drama anak beranak itu. Tangannya menyiat kulit kuinin sambil diperhatikan Amir yang duduk menyangkung.
Friday, December 17, 2010
Kisah artis dan lagu, mempengaruhi dan menemani perjalanan hidup
Penggondol anugerah Voice Of Asia, tak perlu dipertikaikan lagi bakat dan seni beliau yang pasti rata-rata tua dan muda mengenali kelunakan suara Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Penyanyi Versatile yang boleh mendendangkan pelbagai rentak lagu termasuk lagu-lagu Melayu deli, Malindo, Asli, Pop dan sebagainya namun Tuhan lebih menyayangi beliau. Al-fatihah.
Reading time, VAS kolaberasi Azam Ali dan Greg Ellis paling aku gemar dengar masa rehat. dan membaca ( termasuk waktu membaca Dik Cerdas aka Shin Chan dan Doraemon ) Selalunya aku akan pasang cd ni antara 3 album yang aku ada
1. Sunyata
2. Offering
3. Garden Of Souls
Kalau dari kulit Album, mesti dah dapat agak musik jenis apa kan? tapi bila dengar lagu-lagu dalam ke tiga-tiga album lebih kepada unsur padang pasir atau Arab, gabungan musik India, Arab, vokal dan mantra. Maaf kalau aku ketengahkan VAS ni mengganggu sensitiviti mana-mana pihak. Sekadar untuk berkongsi
yang mana buruk dari saya, yang mana baik dari Allah SWT
Unik? sememangnya sangat unik dari dulu sampai sekarang Enigma tetap unik. Setiap album ada diselingkan budaya dan bahasa yang jarang atau tak pernah kita dengar langsung. Cuma untuk album Seven Lives Many Faces ni berbeza dari album-album terdahulu. Track ke-2 mati-mati aku ingat salah cd sebab Lagu Micheal Jackson yang keluar ( MJ the LEGEND of POP ). Masuk track ke-3 aku dah rasa berpinau khayal.. bahaya jugak musik sebenarnya buat kita lali. By the way.. Album ni memang best dan kena citarasa aku.. Selain Dari enigma aku minat Deep Forest,
Musik Deep Forest sentiasa buat aku teruja dengan beat yang kuat tapi selesa untuk telinga. Pasti Layan kalau tengah baring-baring sambil dengar Deep Forest atau berjalan mendengar MP3. Rasa bersemangat. Selain dari Album VAS, Deep Forest, Enigma aku juga menggemari Enya cuma lagu lebih kurang sama dalam setiap album so dah macam tiada apa-apa yang istimewa. Thursday, December 16, 2010
Assalamualaikum...
Buat tatapan keluarga, sahabat, teman dan semua,
Ini kali pertama aku buat blog dan kalau mana2 ada kekurangan tu, maafkanlah..
Ini kali pertama aku buat blog dan kalau mana2 ada kekurangan tu, maafkanlah..
Subscribe to:
Posts (Atom)